Thursday, 15 December 2011

KHAS UNTUK ORANG YANG INGIN BERKAHWIN

Carilah lelaki yang mampu menjadi IMAM untuk kamu, 
yang menitiskan air matanya apabila melihat kesakitan kamu ketika melahirkan zuriatnya, 
dan lelaki yang membangunkan kamu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. 
Jika pencarian itu telah kamu temui, jangan lupa untuk bersyukur kepada-Nya.
Jadilah kamu PERMAISURI hatinya,
peneman dikala suka dan duka,
dan juga pengubat rindu dan lara ♥

------------------------------------------------------------
Dengan nama ALLAH yanga Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


Muslimahku..
Apabila teruna memandang dirimu, tunduklah demi mengelak panahan syaitan. Apabila teruna mendekati selangkah, berundurlah beribu langkah.
Apabila teruna memujuk rayu, Anggaplah itu kalimah bisikan syaitan.
Apabila teruna menutur harapan indah, Yakinlah dgn janji ALLAH yg lebih bahagia di sana kerana kau mengerti dan menyedari ...akan erti maruah peribadi yang diselaputi iman yang hakiki... yang tak mudah dicemari, tak mudah diberi, dan tak mudah dikotori.

janganlah seperti segelintir perempuan, apabila teruna memerhatikan dikau, kau membalas renungan matanya. Apabila teruna mendekati selangkah, kau datang berpuluh langkah.Apabila teruna memujuk rayu, kau lemah dalam pangkuannya.
Apabila teruna memberi harapan, kau hanyut dalam angan langkah.
Minta dijauhkan. Takutlah azab ALLAH yang menanti di muka pengadilan.
---------------------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment