Thursday, 15 December 2011

KHAS UNTUK ORANG YANG BERCOUPLE

JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG - Tanda mesra.
RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI - Tanda cinta.
BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU – Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang.
COKLAT - Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan
SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup).

Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan adalah...

MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!

last tu la paling bermakna..♥

--------------------------------------------------------
Couple luar nikah itu haram sepertimana haramnya hubungan luar nikah, walaupun kita bercouple dalam keadaan berpurdah atau berserban untuk menutup kemunafikan anda, Allah tetap takkan malu dan segan untuk panggang kita dalam api neraka yang sangat panas dan mengeluarkan isi perut kita dengan besi panas dari neraka, dan cairkan otak kita dengan masukkan cecair dari neraka ke lubang telinga, dan hancurkan kepala dan otak kita dengan batu besar dari neraka..

Apakah kita begitu bodoh hingga tidak dapat memahami perkara ini?

Tetapi alasan bodoh pun tidak akan diterima Allah nanti. Apakah kebodohan yang lebih besar daripada orang yang bercouple atas alasan nak cari jodoh sedangkan Allah telah pun menetapkan siapa jodohnya? Couple bukan cara mencari jodoh.

--------------------------------------------------
Si Jejaka:Hi awak, boleh berkenalan, da lama saya perhatikan awak.
Si gadis:Assalamualaikum…sape ni?


Si Jejaka:waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis :Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…

Si Jejaka: Boleh tak kte berkawan?
Si gadis:mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta.Saya harap awak faham.

Si Jejaka: baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis:itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka :0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
Si gadis:dekati abah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: err….macam tu ke..kenapa kena melalu family awak dulu?
Si gadis:sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah.Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka:saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
Si gadis :simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak.Mencintai tidak semestinya memiliki.Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka :ok saya faham.

Si gadis:trima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka:waalaikumussalam.
-------------------------------------------------
Kata Polis→ cinta itu sukar ditangkap ♥
Kata Ustaz→ cinta itu anugerah ♥
Kata Doktor→ cinta xdapat utk diubati ♥
Kata Guru→ cinta xboleh utk di pelajari ♥
Kata Hakim→ cinta xboleh di hukum ♥
Kata Orang→ cinta itu indah ♥
Kata Rangga→ ada apa dgn cinta ♥
Kata Radja→ benci bilang cinta ♥
Kata Agnes Monica→ cinta xada logika ♥
Kata Korang→ _____________________
-------------------------------------------------

No comments:

Post a Comment