Friday 16 December 2011

BELAJARLAH UNTUK KEBAIKAN DIRI

‎~ Belajarlah MEMAAFKAN kalau ingin dimaafkan..
~ Belajarlah MENGHORMATI kalau ingin dihormati..
~ Belajarlah MEMAHAMI kalau ingin difahami..
~ Belajarlah MENYAYANGI kalau ingin disayangi..
~ Belajarlah MENGHARGAI kalau ingin dihargai..
~ Belajarlah MENYENANGI kalau ingin disenangi..
-------------------------------------------------------------------------
~ cantik solekan tapi sayang ~
jika tak dapat dibasahi wuduk


~ tegap tubuh badan tapi sayang ~
jika tak pernah tunduk bersujud

~ manis ulas bibir tapi sayang ~
jika tak selalu melafaz zikir

~ mewah kereta tapi sayang ~
jika tak pernah b'singgah di masjid

~ cerdik otak kepala tapi sayang ~
jika tak bole beza dosa & pahala

-----------------------------------------------------------------------------
‎''Menuntut Ilmu Adalah Taqwa...
Menyampaikan Ilmu Adalah Ibadah...
Mengulang-ulang Ilmu Adalah Zikir..
Mencari Ilmu Adalah Jihad...''

-Dari Imam Al-Ghazali-

--------------------------------------------------------------------
SEKUAT mana saya SETIA...
SEHEBAT mana saya MERANCANG...
SEJAUH mana saya MENUNGGU...
SEKERAS mana saya BERSABAR...
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK...

...Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama...Kita Tetap Tidak Akan Bersama ...
...Tiada Yg Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang...
...Dan Sebaik-Baik Yang Merancang Itu Adalah Allah s.w.t...

--------------------------------------------------------
Rugilah andai hidup kita di dunia ini disia-siakan tanpa belajar . :')
Rasulullah s.a.w ada bersabda, "Tuntutlah ilmu sehingga ke negari China".
Niat belajar kerana Allah subhanahuwata'ala ! :')

Seronok belajar, tak rugi ! Insya-Allah :')

---------------------------------------------------------
Nasihat kepada DIRI SENDIRI :-

"Aku nak berkongsi perkara2 yang baik, Tak peduli jikalau orang TAK SUKA, yang penting ALLAH SUKA...
"Aku nak cuba jadi baik Dan Lebih Baik, Tak peduli jikalau orang TAK SUKA, yang penting ALLAH SUKA...
Aku nak SAHABAT2 mendapat MANFAAT daripada apa yang aku cuba SAMPAIKAN dan KONGSIKAN, TETAPI masih ada SAHABAT yang TAK SUKA ?"

Saya tidak akan ambil peduli mengenainya dan akan sentiasa BERSANGKA BAIK...
Saya TAK de masa nak fikirkan sahabat2 yang MEMBENCI saya, sbb saya TERLALU SIBUK memikirkan SAHABAT2 yang SAYANG pada saya.

-------------------------------------------------------------
Orang yang mulutnya baik, belum tentu hatinya baik
Orang yang bersikap baik, belum tentu niatnya juga baik
Orang yang kasar, belum tentu hatinya buruk
Orang yang jahat, belum tentu selama-lamanya jahat

Tapi kita perlu sentiasa berhati-hati dan BERPRASANGKA BAIK terhadap semua orang.. Syukur dan ikhlas sesunguhnya hanya Tuhan yang tahu

----------------------------------------------------
Dari titisan airmata kita belajar untuk MENGERTI.
Dari rasa khuatir kita belajar untuk PERCAYA.
Dari rasa kehilangan kita belajar untuk MENGHARGAI.
Dari rasa bersalah kita belajar untuk MEMAAFKAN.
Dari sebuah harapan kita belajar untuk BERJUANG.
Dari sebuah perjuangan kita belajar untuk BERKORBAN.
Dari sebuah pengorbanan kita belajar KETULUSAN.

Thursday 15 December 2011

KHAS UNTUK ORANG YANG INGIN BERKAHWIN

Carilah lelaki yang mampu menjadi IMAM untuk kamu, 
yang menitiskan air matanya apabila melihat kesakitan kamu ketika melahirkan zuriatnya, 
dan lelaki yang membangunkan kamu untuk beribadat bersama-sama di sepertiga malam. 
Jika pencarian itu telah kamu temui, jangan lupa untuk bersyukur kepada-Nya.
Jadilah kamu PERMAISURI hatinya,
peneman dikala suka dan duka,
dan juga pengubat rindu dan lara ♥

------------------------------------------------------------
Dengan nama ALLAH yanga Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani


Muslimahku..
Apabila teruna memandang dirimu, tunduklah demi mengelak panahan syaitan. Apabila teruna mendekati selangkah, berundurlah beribu langkah.
Apabila teruna memujuk rayu, Anggaplah itu kalimah bisikan syaitan.
Apabila teruna menutur harapan indah, Yakinlah dgn janji ALLAH yg lebih bahagia di sana kerana kau mengerti dan menyedari ...akan erti maruah peribadi yang diselaputi iman yang hakiki... yang tak mudah dicemari, tak mudah diberi, dan tak mudah dikotori.

janganlah seperti segelintir perempuan, apabila teruna memerhatikan dikau, kau membalas renungan matanya. Apabila teruna mendekati selangkah, kau datang berpuluh langkah.Apabila teruna memujuk rayu, kau lemah dalam pangkuannya.
Apabila teruna memberi harapan, kau hanyut dalam angan langkah.
Minta dijauhkan. Takutlah azab ALLAH yang menanti di muka pengadilan.
---------------------------------------------------------------

GELAK PUAS-PUAS

perbualan seorang ibu dan seorang anaknye(lepasan SPM)
tajuk=PLKN,,


ibu:woii jang,,kw ckp kw dpt PLKN?
anak:mmng r,,nape pulak?
ibu:xde lah,,saja tnye,.bile kw mau pergi?
anak:bulan 1,3/1/12 nnt,,apesal ngn omak nyh,,dok tnyo jo,,
ibu:xde papelah!
(dalam hati ibu:dok kire 16/12/11-3/1/12..wuii lame gk,,aduh,,den igt mnggu ny,
copek r sikit,,aduhh)
anak:wat bodo dpn tb,,
ibu:lamenye jang,,omak ingtkn mnggu nyh,,
anak:napo ngn omak nyh,,x suko ke jang dok kt uma nyh,,jang bwu abs SPM,,bwu nk
rilex2..
dalam hati ibu:rilex kple otk kw..kw dok uma mnyusahkn den je,,kojo xnk,,kn tw nk crik
duit,,yg kw tw abskn duit,,beras,,n sume kw abskn,,dgn mase2 kw pn,,
dok uma pn bkn wt pe pn,,MENGANGKANG jee,,pstu smpi mase kluar,,
kng balek 2-3 pagi,,den bawu nk enjoy ngn apak kw jam 2-3 pagi tuh,,
kw plk balek,,xpsl2 den yg kono bukak pintu,,shialnye budak,,
ibu:bkn x suke,,g r crik pengalaman,,nnt nk msok U,,
anak:xmau r msok U,,nk msok U mcm omak,, universiti buat sendiri di rumah,,,
dalam hati ibu:shial tol dak nyh,,menganjeng aq je,,dari kecik smpi besar,,ny apak dy
pnye psl r nyh,,kecik bagi ujang tgk bontot anjeng,,erggggggggghh,

-----------------------------------------------------------
Ayg: bang, goncang sikit2 dah la. nnti terpancut!
Abg: pancut bru best
Ayg: dahla, nnti habis basah
Abg: takpe, abang try bukak pelan2.
Ayg: nnti habis melekit
Abg: syg jgn bimbang, air coca-cola je ni.
------------------------------------------------------------
Kondom dan softex bertengkar
Kondom protes keras & bilang
sama softex: "hei kapas
busuk, gara2 kau hampir
seminggu aku
nganggur,dasar tukang
serobot pekerjaan orang..."

softex berkata : "eh! balon air
klo bicara tu pakai otak,
kamu yg tukang serobot, satu
kali kau bocor 9 bulan aku
nganggur ,,,"
---------------------------------------------------------------
Seekor semut
mmbisikkan ke telinga
gajah...
Kemudian si gajah jatuh
ke tanah dan pengsan...
Nak taw ke semut ckp
apa???
"Syg,.....I hamil anak u...hohoho :O
---------------------------------------------------------------
Atok : Cu, pergi menyorok cepat cikgu kamu datang sebab kamu tak pergi sekolah hari ni..
Cucu : Atok la pergi menyorok...
Atok : awat pulak atok nk kna nenyorok?
Cucu : sebab saya bagitau cikgu saya tak pergi sekolah sbb atok meninggal..
Atok : kau gila *************!!!!!!!
---------------------------------------------------------------------
‎2 orang kawan sedang berbual:

A: Saya baru saja berkahwin

B: Oh, baguslah!
A: Tak, ia teruk sebab dia tu ada kekasih lain.

B: Oh, teruknya!
A: Tak, ia bagus sebab dia tu jutawan.

B: Oh, baguslah!
A: Tak, ia teruk sebab dia tak bagi satu sen pun pada saya

B: Oh, teruknya!
A: Tak, ia bagus sebab dia akan hadiahkan saya sebuah kondominium.

B: Oh, baguslah!
A: Tak, ia teruk sebab kondominium tu dah terbakar semalam.

B: Oh, teruknya!
A: Tak, ia bagus sebab dia ada kat dalam tu dengan kekasih dia

#ahhaahahahha...memg bgus..


-------------------------------------------------------------------------
PELIK aku tgk TV aku... Kalau iklan Colgate, nampak giginya.. Kalau iklan Sunsilk, nampak rambutnya.. ... Kalau iklan Rexona, nampak ketiaknya.. Tapi kalau iklan Kotex, tak nampak pulak.. TV aku rosak ke? TV korg camne?..

just for joke..........

KHAS UNTUK ORANG YANG BERCOUPLE

JAM TANGAN - Tanda mengingati setiap masa dan waktu.
CINCIN - Tanda ikatan kasih yang abadi.
GELANG - Tanda mesra.
RANTAI LEHER - Ikatan cinta yang perlu perhatian.
SUBANG - Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT - Sentiasa mengambil berat/prihatin.
PAKAIAN/KAIN - Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.
PAYUNG - Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.
MINYAK WANGI - Tanda cinta.
BINGKAI GAMBAR - Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU – Bersifat terbuka dan bertolak ansur.
BUNGA - Tanda perkenalan dan tanda sayang.
COKLAT - Semanis cintamu.
LAGU/CD/KAD UCAPAN - Mengabadikan cinta dan kenangan
SEJADAH DAN AL-QURAN - Tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.
HANDPHONE - Tandanya kau jangan lari dari ku!!!! Akan ku mencari mu walau dimanapun (melainkan kalau handphone itu ditutup).

Tetapi hadiah yang paling di nanti-nantikan oleh setiap pasangan adalah...

MASUK MEMINANG - Tandanya dia serius dan betul-betul serius mencintai kamu!

last tu la paling bermakna..♥

--------------------------------------------------------
Couple luar nikah itu haram sepertimana haramnya hubungan luar nikah, walaupun kita bercouple dalam keadaan berpurdah atau berserban untuk menutup kemunafikan anda, Allah tetap takkan malu dan segan untuk panggang kita dalam api neraka yang sangat panas dan mengeluarkan isi perut kita dengan besi panas dari neraka, dan cairkan otak kita dengan masukkan cecair dari neraka ke lubang telinga, dan hancurkan kepala dan otak kita dengan batu besar dari neraka..

Apakah kita begitu bodoh hingga tidak dapat memahami perkara ini?

Tetapi alasan bodoh pun tidak akan diterima Allah nanti. Apakah kebodohan yang lebih besar daripada orang yang bercouple atas alasan nak cari jodoh sedangkan Allah telah pun menetapkan siapa jodohnya? Couple bukan cara mencari jodoh.

--------------------------------------------------
Si Jejaka:Hi awak, boleh berkenalan, da lama saya perhatikan awak.
Si gadis:Assalamualaikum…sape ni?


Si Jejaka:waalaikumussalam..saya *hamba ALLAH*.Terus terang saya rasa tertarik hati ngan awak ,Tapi sebelum tu boleh saya tau awak sudah berpunya ke belum?
Si gadis :Selagi belum bernikah saya bukan kepunyaan sapa2.ish3…

Si Jejaka: Boleh tak kte berkawan?
Si gadis:mintak maaf, saya takut persahabatan yang dibina bertukar kepada rasa cinta.Saya harap awak faham.

Si Jejaka: baguslah kalau begitu, tak salah kan.
Si gadis:itu salah.. cinta sebelum nikah adalah HARAM.

Si jejaka :0oo ok..so macam mana saya nak dekati awak?
Si gadis:dekati abah dan mama saya.kalau mereka setuju terus masuk meminang, kan senang.

Si jejaka: err….macam tu ke..kenapa kena melalu family awak dulu?
Si gadis:sebab saya tak nak terjatuh cinta ngan awak sebelum nikah.Saya tak nak mulakan zina hati.

Si jejaka:saya faham,kalau saya tak mampu lagi nak meminang awak?
Si gadis :simpanlah cinta dan rindu itu di dalam hati, sehingga ALLAH bagi kemudahan pada awak.Mencintai tidak semestinya memiliki.Redha akan takdir yang ditentukan ALLAH.
Si jejaka :ok saya faham.

Si gadis:trima kasih, saya ada hal ni..assalamualaikum
Si jejaka:waalaikumussalam.
-------------------------------------------------
Kata Polis→ cinta itu sukar ditangkap ♥
Kata Ustaz→ cinta itu anugerah ♥
Kata Doktor→ cinta xdapat utk diubati ♥
Kata Guru→ cinta xboleh utk di pelajari ♥
Kata Hakim→ cinta xboleh di hukum ♥
Kata Orang→ cinta itu indah ♥
Kata Rangga→ ada apa dgn cinta ♥
Kata Radja→ benci bilang cinta ♥
Kata Agnes Monica→ cinta xada logika ♥
Kata Korang→ _____________________
-------------------------------------------------

KHAS UNTUK ORANG YANG TIDAK MENUTUP AURAT

‎"saya TAK PAKAI TUDUNG & TAK TUTUP AURAT!!! SUKA HATI SAYA LA!!! MENYIBUK JE HAL ORANG!!! APA MASALAH AWAK???


---->Awak Nak Saya JAWAB???
---> Memang Banyak MASALAH saya DENGAN awak!!!


♥ AURAT awak penambah DOSA orang LAIN!!! itu MASALAH!!!
♥ CARA PEMAKAIAN awak jadi IKUTAN orang LAIN!!! itu MASALAH!!!
♥ DIRI awak MEMBERI CONTOH TIDAK baik TENTANG ISLAM!!! itu MASALAH!!!
♥ SEBAGAI seorang ISLAM saya SAYANG AWAK!!! itu MASALAH!!!

Saya Dah JAWAB, So sekarang jgn ingat awak HOT sgt kat BUMI ALLAH nie, Sesungguhnya NERAKA ALLAH itu lagi HOT!!!!

----------------------------------------------------
Budak kecil bertanya.. "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?" Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan. Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!" Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu..
------------------------------------------------------
PANTUN UNTUK REMAJA !

Pakai tudung tapi bertelanjang
Itulah gaya orang sekarang
Mana tidaknya, ukuran body semua terang-terang
Yang mana kendur yang mana tegang

Baju nipis nampak bayang
Peha gebu saja ditayang
Lebih baik tak pakai baju senang
Dah tentu boleh tunjuk terang-terang

Baju ketat seluar sendat
Pakai tudung just ikat-ikat
Dari mula memang bukan adat
Disudut agama pun gaya tak berkat

Tudung jarang baju nipis
Pakai sikit boleh nampak 'garis'
Mata orang terbeliak, kita membengis
Bila kena kutuk, kenapa menangis

Lengan pendek blaus gantung
Jeans ketat melekat dipunggung
Jadi orang Islam ni sebenarnya beruntung
Agama tak suruh berbungkus macam pocong

Apa rasanya, kepala bertudung, kain terbelah
Kalau takat rambut orang kurang ghairah
Lain kalau peha gebu atau ternampak lurah
Mata yang memandang boleh keluar darah

Kebaya ketat, kain terbelah
Ikat tudung macam tak sudah
Nak ikut suruhan agama memang tak mudah
Tapi Islam sebenarnya indah

Tutup aurat bukan suruh berselubung
Sampai tak nampak muka dan hidung
Yang faham tuntutan amat beruntung
Taklah bersungut mulut pun muncung

Dah kalau mula minat nak bertudung
Cubalah sesuaikan apa yang disarung
Kalau masih rasa jiwa tu 'mendung'
Maknanya nafsu tu belum dapat dibendung

Bertudung itu bukan satu paksaan
Ianya lebih kepada keinsafan
Selalunya nafsu masih dikuasai syaitan
Itu la pasal fesyen pun yang bukan-bukan

Asal menutup aurat itu tuntutan
Kalau dianggap susah, tu sebab bosan
Yang ye nya hati tak berkenan
Tu yang berjela-jela mencipta alasan

Menutup aurat satu syariat
Kepada agama kita taat
Hidup berkat pahala berlipat-lipat
Didunia selamat, di akhirat hebat

Dalam tiap perbuatan, kita mulakan dengan niat
Gitu juga bertudung, janganlah konon nak tunjuk taat
Alamat pahala lebur, dosa bertingkat-tingkat
Mentelah pula berfesyen tak kena tempat

Baik tak bertudung kalau hanya nak rosak imej
Walhal Islam suruh pakai yang sopan dan manis
Dah kalau takat pakaian ngalahkan pengemis
Atas tutup, bawah buka, ni apa punya jenis?

Kita memang hidup dalam era serba maju
Sungguhlah iman tak dinilai just ikut baju
Kalau bertudung tapi pakai yang 'gitu-gitu'
Kita pun susah kenal, manusia ke hantu

Banyak salah faham bila mula bertudung
Maknanya no fesyen-fesyen only the baju kurung
No more pant suit, kebaya or kebarung
Dah kalau gitu lebih baik duduk berkurung

Bertudung bergaya biarlah yang sempurna
Tak jadi bahan kutuk, jangan pula menambah dosa
Pun tak usahlah juga terlebih gaya
Islam itu suka yang sederhana

Kenalah pula kita wanita bekerjaya
Fesyen busana muslimah yang paling kena
Kalau rasa nak letak kaler, tu yang paling asas je
Sebab agama sendiri menggalakan kita selesa

Mana tidaknya, bila bekerja kita bergaul semua
Kalau sendiri memandang muka pun layu je
Orang dok mengata, kita pun rasa terhina
Dah kalau 'put color' jangan macam 'rainbow' pula

Siapa kata kita tak boleh berwarna
Tak caya cuba tengok semua pendakwah-pendakwah kita
Ustazah-ustazah mereka tetap juga bubuh kaler
Taklah sampai mengancam, cuma biar nampak 'bernyawa'

Tu sebab kita buat kerja semua dengan niat
Jadi terserah budi bicara tuan punya jasad
Dah kononnya bertudung tapi hati masih jahat
Baik tak le payah berpura nak tutup aurat

Kalau dah memang rasa nak berubah
Peduli kata orang bukan dia yang susah payah
Asal niat, matlamat dan cara kita istiqamah
Lantak mereka lah kalau nak tergigit lidah

Bersamalah kita mengkaji semula
Pakaian kita yang bagaimana gayanya
Andai belum betul-betul bersedia
Janganlah kita mencemar kesuciannya

Andai terasa hidayah menyinggah
Lakukan yang betul mengikut sunnah
Menutup aurat jangan sekali dirasa payah
Mengapa diperleceh, itukan perintah

Andai dihati redha dan ikhlas
Diwajah Nur terpancar jelas
Walaupun bergaya tak berapa 'kelas'
Asal Tuhan tahu, diakhirat pengorbanan terbalas

Harap maaflah kalau terlalu panjang
Bukan sengaja mereka yang bukan-bukan
Berpantun seloka bukan setakat hiburan
Yang mana betul jadikan pedoman.

berdua bersatu-forteen